Kelly pamer aksi menakjubkan - Utusan Malaysia

Kelly pamer aksi menakjubkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kelly Tan mempamerkan aksi menakjubkan pada pusingan keempat acara golf wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan melakukan lapan birdie untuk memimpin hari terakhir acara tersebut walaupun pulang tanpa pingat.

Pada aksi di Kasumigaseki Country Club di Saitama, pemain berusia 27 tahun itu menamatkan pusingan keempat dengan catatan tujuh bawah par 64 dan menjadi persembahan terbaiknya sepanjang penampilan di Tokyo 2020.

Pujian harus diberikan kepada pemain golf wanita No. 1 negara itu yang mempamerkan aksi cemerlang, membolehkan dia menutup kempen Olimpik kali ini dikedudukan ke-34 sekali gus memperbaiki pencapaian lima tahun lalu di Rio yang menyaksikan dia menamatkan aksi di tangga ke-51.

Pemain nombor satu dunia, Nelly Korda (tengah) meraih pingat emas acara golf wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020.-AFP

Sementara itu, pemain No. 1 dunia, Nelly Korda dari Amerika Syarikat (AS) muncul pemenang pingat emas selepas mengumpul 17 bawah par 267 keseluruhan, manakala pingat perak menjadi milik pemain Jepun Inami Mone dan gangsa dimenangi pemain New Zealand Lydia Ko.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya