PETALING JAYA: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria percaya kejayaan bergeu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa pertama akan menjadi pembakar semangat kepada atlet lain di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Aaron-Wooi yik menewaskan cabaran beregu berpengalaman Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sport Plaza, kemarin untuk mencipta kejutan terhadap pasangan No.2 dunia itu.
“Tahniah buat aaron dan wooi yik. Saya sangat berbangga dengan pencapaian yang dipamerkan mereka terutamanya selepas mengalahkan pasangan No.1 dan 2 dunia.
“Semoga kejayaan ini akan memberi inspirasi kepada atlet-atlet lain yang masih berjuang seperti Cheong Jun Hoong, Pandelela Rinong , Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan juga Datuk Azizulhasni Awang,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata, kejayaan pasang beregu negara pasti menggembirakan peminat Malaysia ketika negara sedang berjuang dengan pandemik Covid-19.
“Dalam kepayahan pandemik ini mereka telah berjaya melakukannya dengan baik.
“Kekuatan azam dan mental yang mereka bawa ke Tokyo membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia khususnya,” katanya yang akan menjadikan Aaron-Wooi Yik sebagai sandaran badminton di Paris 2024.