Kehadiran dua maskot ceriakan suasana PPV - Utusan Malaysia

Kehadiran dua maskot ceriakan suasana PPV

PENERIMA vaksin di PPV Bergerak Peringkat Daerah Jempol di SK (Felda) Lui Selatan, Jempol tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama dua maskot yang hadir bagi menceriakan suasana di PPV berkenaan. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Pekarangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Peringkat Daerah Jempol di Sekolah Kebangsaan (SK) (Felda) Lui Selatan, di sini ceria apabila dihiburkan dengan gelagat dua maskot iaitu beruang dan monyet.

Kehadiran dua maskot berkenaan adalah hasil idea dua kenalan iaitu Muhamad Iqram Anuar Gani, 35, dan Faizal Adnan, 38.

Menurut Muhamad Iqram, tujuan mereka berdua mengenakan maskot berkenaan adalah bagi menghiburkan penerima vaksin dan para petugas yang sudah bertungkus-lumus melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di sekitar daerah berkenaan.

“Tujuan kami hanya mahu hilangkan gemuruh penerima vaksin hari ini. Bila nampak kami, ada yang ketawa, kami hanya mahu menghiburkan mereka yang datang dan juga menghargai petugas.

“Kami harap dengan cara ini lebih ramai lagi individu tidak takut untuk menerima vaksin kerana tujuan vaksin adalah untuk melindungi diri daripada dijangkiti pendemik Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Kehadiran mereka berdua yang menyarung maskot tersebut juga menarik minat penerima vaksin dan petugas untuk mengambil peluang merakamkan gambar kenangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya