PETALING JAYA: Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin kini dilaporkan kritikal selepas selamat melahirkan bayi lelaki sekitar pukul 5 petang tadi.
Perkembangan itu dikongsikan suaminya yang juga pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu menerusi Instagramnya.
“Alhamdulillah pukul 4 lebih bayi telah berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tetapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang.
“Cuma keadaan Sarah agak kritikal. Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Sarah. Juga kita doakan sesiapa sahaja yang sedang bertarung nyawa dengan Covid-19 dipermudahkan urusan,” tulisnya.