Kapsyen disalah anggap warganet, Elfira Loy tampil beri penjelasan - Utusan Malaysia

Kapsyen disalah anggap warganet, Elfira Loy tampil beri penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapsyen yang dicoret pelakon popular, Elfira Loy menerusi hantaran di Instagram mengundang rasa kurang senang warganet sementelah mereka menyalahanggap maksud ayat tersebut.

“Jangan tanya saya mana beli tudung itu, segan nak beritahu. Yang tahu, tahulah. Cuba teka?” tulisnya di Instagram yang mengundang salah faham warganet.

Berdasarkan kapsyen tersebut, ramai pengikutnya mencuba nasib berteka-teki meneka koleksi hijab yang digayakannya itu.

Namun, terdapat komen seorang individu yang ‘menasihat’ pelakon tersebut supaya tidak perlu malu walaupun memakai tudung murah, janji menutup aurat dengan sempurna.

Bagaimana pun, komen berkenaan telah mendapat maklum balas Elfira.

“Saya ada cakap murah ke?” balas Elfira ringkas terhadap komen tersebut.

Respon pelakon tersebut sekali gus mengundang rasa tidak senang hati segelintir warganet apabila komen berkenaan didakwa berunsur angkuh.

“Kalau tidak murah, mestilah mahal kan? Dua-dua pun awak tidak cakap. Dah tulis segan nak beritahu, warganet akan menganggap tudung itu murah tapi sangat cantik bila awak pakai.

“Jadi, tidak perlu beri jawapan yang nampak awak sangat-sangat berlagak dengan peminat. Sekian!” komen salah seorang warganet di ruangan komen itu.

Bagaimanapun, Elfira tampil memberi penjelasan berkenaan isu yang menganggap dirinya ‘berlagak’ oleh segelintir warganet, menerusi Instastorynya.

“Penat nak layan netizen ini tau, semua perkara nak cakap ikut tekak depa sahaja. Kapsyen punya ringkas macam ini pun nak buat gaduh. Tidak tahu kenapa.

“Tulis macam itu pun kata berlagak. Saya cakap segan kerana asyik membeli di tempat sama dan asyik syorkan beli dekat Shopee,” jelasnya di Instastory.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya