TOKYO: Jessie Fleming menjaringkan penalti pada separuh masa kedua untuk mengejutkan juara empat kali Olimpik bola sepak wanita, Amerika Syarikat (AS) 1-0 untuk mara ke final buat kali pertama.
Fleming berjaya menyempurnakan sepakan itu pada minit ke-74 untuk memastikan kemenangan terhadap AS buat kali pertama sejak 2001 dan akan bertemu Sweden dalam aksi penentuan pingat emas.
Kekalahan itu menyaksikan AS menamatkan rekod36 kemenangan ke atas Kanada.
“Sangat memalukan, kami tidak pernah mahu kalah.
“Kami tidak mahu kalah kepada Kanada, kami tidak mahu kalah tetapi kami kalah.
“Perkara ini sememangnya sangat mengecewakan untuk kami semua,” kata penyerang AS, Megan Rapinoe.-AFP