Kampung Bukit Cina kena PKPD akibat kes wanita Thailand bergejala - Utusan Malaysia

Kampung Bukit Cina kena PKPD akibat kes wanita Thailand bergejala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bermula kes wanita warga Thailand awal bulan ini, Kampung Bukit Cina di Terengganu bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai lusa.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti itu terletak dalam Mukim Pasir Akar, Besut dan telah merekodkan 55 kes Covid-19.

Kes indeks bagi kluster komuniti Bukit Cina ini daripada seorang wanita Thailand yang berusia 64 tahun dan disahkan positif wabak itu hasil saringan individu bergejala pada 8 Ogos lalu.

Turut diwartakan serentak sehingga 30 Ogos depan ialah Tapak Bina Spanish Garden, Kinta, Perak dan Kampung Lela Jasa, Mukim Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.

Selebihnya di Sabah yang meliputi Kampung Mantanau, Kampung Pirasan Ulu, Kampung Suang Punggur dan Kampung Tambulaung di Kota Belud serta Taman Megah Jaya di Tawau.

Sementara itu jelas Hishamuddin, hanya satu lokaliti di negeri tersebut yang sepatutnya tamat PKPD esok, namun dilanjutkan lagi iaitu Kampung Tagibang, Kota Marudu.

Baki sejumlah 33 lokaliti lagi yang turut dilanjutkan PKPD secara serentak bermula lusa itu terletak di Dungun, Terengganu melibatkan dua mukim iaitu Kuala Dungun dan Sura.

Lokaliti itu ialah Sungai Buaya, Tanah Lot, Lembah, Padang Jambu, Nibong, Bukit Chatak Tengah, Kampung Molek, Bijangga, Sungai Udang, Sungai Penaga, Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembusu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak, Tembesu Akar, RAKR Gong Pasir, Kampung Gong Pasir, Taman Maidam, Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati dan Batu 7.

Bagaimanapun jelas beliau, cuma satu lokaliti di negeri itu tamat PKPD seperti dijadualkan pada esok iaitu Perumahan Awam Kos Rendah Anak Ikan di Mukim Jabi, Besut.

Selebihnya enam lokaliti lagi yang berakhir PKPD serentak esok terletak di Sabah iaitu Ladang Agathis, Kalabakan; Perumahan Ladang Hibumas Sungai-Sungai, Beluran; Kampung Gusung, Kota Kinabalu; Kampung Nosoob, Penampang dan Kampung Bakalau, Beaufort.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya