Kami tak senang duduk, serba tak kena dah jadinya - Fadzil Zahari - Utusan Malaysia

Kami tak senang duduk, serba tak kena dah jadinya – Fadzil Zahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Fadzil Zahari meluahkan rasa kurang senang selepas menerima berita ibunya telah terjatuh sewaktu sedang memasak di dapur.

Menerusi entri Instagram, Fadzil turut meluahkan kerisauannya memandangkan dia kini berada jauh daripada keluarganya yang berada di Jitra, Kedah.

Seterusnya, dia juga mengakui tidak senang duduk serta ditambah dengan kerisauan apabila dilaporkan ibu bapa isterinya iaitu pelakon, Yana Samsudin, telah disahkan positif Covid-19.

“Dapat berita yang buat kami tidak senang duduk. Mama di Jitra, terjatuh semasa memasak oleh kerana lututnya kini kurang kuat.

“Selain itu, dapat pula berita mak ayah di Yong Peng positif Covid-19 sekali dengan kakak-kakak Yana serta keluarga mereka semua positif.

“Serba tidak kena dah jadinya, nak melawat memang pastinya tidak boleh. Hanya membuat panggilan dan doa dari jauh sahaja yang boleh buat sekarang ini,” katanya di Instagram.

Sebelun ini, Yana Samsudin memaklumkan seluruh ahli keluarganya, termasuk kedua ibu dan bapanya dijangkiti virus Covid-19, menerusi Instagramnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya