“Kalau diizinkan ada jodoh, kenapa tidak...?” - Baiduri 'idam' kerjasama komposer muda - Utusan Malaysia

“Kalau diizinkan ada jodoh, kenapa tidak…?” – Baiduri ‘idam’ kerjasama komposer muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kalau diizinkan ada jodoh, kenapa tidak…?”

Itu kata penulis lirik terkenal, Norkhayati Mohd Hashim atau lebih dikenali dengan panggilan Baiduri yang ingin bekerjasama dengan komposer muda.

Baiduri yang juga merupakan Pengerusi Koperasi Industri Muzik Malaysia (Kopstar), ketika dihubungi berkata, dia sama seperti komposer generasi baharu yang mahu bekerjasama dalam menghasilkan lagu-lagu yang bagus.

“Sudah tentu, saya nak sangat berkolaborasi dengan bakat muda seperti penyanyi dan komposer muda Aina Abdul dan Ernie Zakri serta ramai lagi, kalau ada yang sudi, Insya-Allah.

“Sebagai penulis lirik saya sangat sukakan cabaran. Sebabnya, nak tengok tahap penyampaian mereka bagaimana.

“Seorang penyanyi itu merupakan penyampai yang boleh buat lagu dan lirik jadi baik. Kalau mereka boleh menghayati dan mendalami lirik lagu dan berjaya hidupkan, memang wow!” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Bercakap tentang cabaran di studio rakaman, penulis lirik lagu popular nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aku Cinta Padamu, berkata, dia amat merindukan suasana bekerja dalam studio kerana segalanya lebih jelas untuk didengari.

“Sekarang ini tidak boleh masuk studio sehingga sektor kreatif dibenarkan beroperasi semula sebab masih berada di negeri fasa 1.

“Kebanyakan urusan kerja dari rumah sahaja. Abang LY (Rozman Shafie, suaminya) pula sibuk dengan jingle muzik untuk ahli korporat dan bisnes. Saya pula, untuk buat lirik kena tunggu lagu yang betul-betul sudah pasti, setakat ini siapkan lirik lagu sedia ada saja.

“Tetapi itulah, pandemik! Rindu… kalau studio puas dengar. Berbeza kalau anda mendengar lagu di radio atau pun di TV, bunyi di studio lebih jelas,” ujarnya Baiduri yang suka mendengar muzik rancak atau rock ketika bekerja.

Dalam perkembangan lain, Baiduri sedang giat merencanakan penjenamaan semula Kopstar dengan menganjurkan kelas seni muzik dan tarannum serta tajwid pembelajaran atas talian kerjasama Sanggar Seni secara percuma. Untuk informasi boleh layari laman sesawang dan media sosial Kopstar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN