Kalau ada yang patah hati, tolong maafkan saya - Remy Ishak - Utusan Malaysia

Kalau ada yang patah hati, tolong maafkan saya – Remy Ishak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Remy Ishak memohon maaf kepada wanita di luar sana yang patah hati di atas pernikahan dengan suri hati pilihan hatinya baru-baru ini.

Jelas Remy, sejak perkhabaran dia sudah diijab kabul, ramai para wanita memuat naik status dan video patah hati, namun Remy menganggap itu sebagai gurauan manja seorang peminatnya sahaja.

“Sejak dua hari lepas banyak betul mesej daripada kawan-kawan dan keluarga yang hantar video seperti ini. Saya tahu mereka semua adalah peminat dan penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya.

“Tapi kalau ada yang betul-betul patah hati, tolong maafkan saya. Insya-Allah saya akan tetap akan menghiburkan anda semua dalam projek yang akan datang. Terima kasih semua kerana masih setia bersama saya,” luah Remy di Instagramnya.

Remy, 39 dan pasangan Ezza Yusof selamat diijab kabul pada Sabtu lalu. Terdahulu pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 2017, namun, putus dua tahun kemudian. Bagaimanapun, ikatan kasih mereka dikatakan bercantum semula, tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya