Kadar imunisasi Covid-19 Selangor tertinggi - Utusan Malaysia

Kadar imunisasi Covid-19 Selangor tertinggi

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kadar vaksinasi di Selangor ketika ini adalah tertinggi di negara ini, iaitu selaras dengan kadar kepadatan penduduk dan bilangan kes harian Covid-19.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, setakat 13 Ogos lalu, sejumlah 5,874,162 dos vaksin diberikan kepada rakyat negeri ini melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Ini bermakna sejumlah 77.64 peratus populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 46.05 peratus lengkap dua dos vaksin.

“Beta turut dimaklumkan, sebanyak 276,926 dos vaksin melalui Program SelVax diberikan kepada rakyat. Beta yakin dengan pelaksanaan Program PICK dan SelVax bakal memberi manfaat kepada rakyat Selangor,” titah baginda.

Sultan Selangor bertitah demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor yang ke-14 hari ini.

Sultan Sharafuddin bertitah, rakyat negeri ini harus memberi kerjasama sepenuhnya untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 masing-masing seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Ahli-ahli Yang Berhormat semua perlu memainkan peranan menasihatkan rakyat segera mengambil suntikan vaksin supaya Selangor boleh mencapai imuniti kelompok pada tarikh yang disasarkan.

“Namun, kepada yang telah mendapat dua dos suntikan vaksin, Beta berharap  jangan ambil mudah dan berasakan diri kebal,” titah baginda.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, kadar imunisasi Covid-19 di Selangor sudah melebihi 50 peratus pada 18 Ogos lalu selepas  2.5 juta rakyat negei ini lengkap menerima dua dos vaksin.

Berdasarkan statistik terkini pencapaian vaksinasi Covid-19, sejumlah 6.28 juta dos vaksin sudah diagihkan kepada penduduk negeri ini. 

Jumlah itu merangkumi seramai 3.7 juta orang atau 79.4 peratus yang sudah menerima dos vaksin pertama. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya