Kabinet: Pasukan pengurusan bebaskan Malaysia daripada pandemik, ekonomi dan kekusutan politik - Utusan Malaysia

Kabinet: Pasukan pengurusan bebaskan Malaysia daripada pandemik, ekonomi dan kekusutan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, barisan Kabinet yang dibentuk adalah pasukan pengurusan yang bekerja bersama rakyat.

Perdana Menteri berkata, Kabinet itu perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik Covid-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.

Katanya, umum mengetahui bahawa beliau menerima kerajaan ini dalam keadaan seadanya.

Justeru, pembentukan Kabinet tersebut adalah satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa, demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya.

“Saya akui bahawa kita sedang berada dalam keadaan yang getir akibat pandemik Covid-19, kegawatan ekonomi dan diburukkan lagi dengan ketidakstabilan politik negara,” katanya dalam pengumuman barisan Kabinet baharu hari ini.

Menurut Perdana Menteri, berdasarkan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masyarakat akan hidup bersama Covid-19 sebagai endemik, yang bersifat kekal serta menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia.

Jelasnya, dunia mencatatkan kemunculan varian yang membimbangkan (VOC) yang lebih agresif dan rekod di seluruh dunia menunjukkan mereka yang divaksinasi masih boleh dijangkiti Covid-19.

Oleh itu, kata Perdana Menteri, kerajaan akan memperkasa Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus Covid-19 dan perlu terus mengawal segala risiko wabak itu serta mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya