Kabinet: Majoriti menteri, timbalan menteri kekal atau berubah portfolio - Utusan Malaysia

Kabinet: Majoriti menteri, timbalan menteri kekal atau berubah portfolio

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majoriti barisan Kabinet baharu di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam kalangan menteri dan timbalan Menteri  kekal atau berubah portfolio.

Antara yang mencuri perhatian adalah Menteri Kesihatan dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi bertukar kedudukan yang sebelum ini disandang Datuk Seri Adham Baba dan Khairy Jamaluddin.

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ

Selain itu, jawatan Menteri Kewangan masih kekal disandang Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagaimana diumumkan Perdana Menteri hari ini.

Selain empat Menteri Kanan, turut kekal memegang jawatan Menteri ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menteri Sumber Manusia masih dipegang Datuk Seri M. Saravanan; Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi.

NANCY SHUKRI

Datuk Seri Nancy Shukri masih mengetuai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Menteri Perpaduan Negara, Halimah Mohamed Sadique. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya