MILAN: Juventus yakin untuk mendapatkan pemain tengah Itali, Manuel Locatelli selepas mengemukakan ‘tawaran terbaik’ kepada Sassuolo, kata pengarah kelab Turin, Pavel Nedved.
Locatelli, 23, menjadi perhatian ramai selepas dia menggantikan Marco Verratti yang cedera semasa di Euro 2020 dan menjaringkan dua gol ketika bertemu Switzerland dalam peringkat kumpulan.
“Kami mahukan pemain itu dan dia mahukan kami, kami menyakinkan bawah tawawaran kami adalah baik dan adil,” kata Nedved sebelum kelab itu menang 2-1 ke atas kelab Serie B, Monza dalam aksi Trofi Berlusconi.
Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri mahukan Locatelli di bahagian tengah dan bekas pemain AC Milan itu juga mahu ke Turin dan dilaporkan dia bersedia dengan harga 40 juta euro (RM200.84 juta).
“Kami telah beri tawaran yang terbaik dengan keadaan sama termasuk Covid-19. Kami menanti dengan yakin untuk membawa dia ke Juventus,” kata Nedved.-AFP