Juruwang pasar raya maut dalam bilik air  - Utusan Malaysia

Juruwang pasar raya maut dalam bilik air 

ANGGOTA bomba ketika mengeluarkan seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia di dalam bilik air sebuah rumah pangsapuri di Taman Of Sisters, Port Dickson, Negeri Sembilan.- IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang juruwang wanita di sebuah pasar raya dekat sini, ditemukan meninggal dunia di dalam bilik air sebuah rumah di sebuah pangsapuri dekat Taman Of Sisters, di sini, pukul 9.31 pagi ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pada awalnya,  pihaknya menerima maklumat daripada unit sumber manusia pasar raya berkenaan mengenai pekerjanya yang tidak hadir ke tempat kerja.

“Kami tiba di rumah tersebut dan mendapati mangsa di sebalik pintu bilik air yang berkunci. Selepas itu kami mendapati ada seorang wanita tidak sedarkan diri dan dalam keadaan tidak berpakaian.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan pasukan bomba telah menyerahkan mangsa kepada Jabatan Kesihatan untuk maklumat lanjut. Mangsa dapat dikeluarkan dalam masa dalam tempoh lima minit,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Dalam pada itu, menurut Mohd. Hairul Izam, pihaknya tidak menjumpai sebarang petanda sama ada mangsa terjatuh sebelum meninggal dunia. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya