Juri terjun Olimpik berat sebelah? - Utusan Malaysia

Juri terjun Olimpik berat sebelah?

PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri ketika melakukan terjunan dalam aksi final 3 meter papan anjal Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bukan seorang, tetapi ramai warga net yang mempertikaikan keadilan juri dalam memberikan markah kepada Nur Dhabitah Sabri di final acara terjun 3 meter papan anjal Sukan Olimpik 2020, hari ini.

Mereka menyifatkan juri berat sebelah dengan memberikan lebih mata kepada Krysta Palmer sehingga melayakkan atlet Amerika Syarikat (AS) itu merangkul pingat gangsa.

Penerjun negara, Dhabitah, hanya dibezakan 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa apabila menamatkan saingan di tempat keempat.

Salah seorang warga net, Rosehaniza Mohd Zin berkata, sikap juri itu sangat jelas ketika Palmer membuat terjunan dengan meraih lebih 70 mata menerusi dua terjunan.

Bias (berat sebelah) sangat mata atlet AS itu, dua kali dapat mata 70 ke atas padahal tidak sempurna pun. China memang sempurna tapi bukan AS.

“Dia (Palmer) sama saja dengan peserta lain saja, tapi boleh cecah 73.00 mata. Terutama peringkat terakhir itu.

“China dapat 73.5 untuk yang sempurna, tetapi AS 73.00? Apa pun bukan rezeki Dhabitah. Good job girl,” tulisnya di Facebook Utusan Malaysia.

Sementara itu, Norsam Ismail berkata, markah akan diberikan berdasarkan tahap kesukaran terjunan yang dilakukan setiap peserta.

“Saja nak kongsi, markah bergantung kepada kesukaran. China dan AS selalu ambil kesukaran 3.4, berbanding Dhabitah memilih kesukaran 3.0,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dhabitah, yang membuat penampilan keduanya di Olimpik Tokyo enggan mengulas lanjut berhubung pemarkahan juri.

“Terjunan agak bias (mata)? Saya tidak tahu, saya bukan pakar dalam perkara-perkara seperti ini,” katanya kepada Astro Arena selepas menamatkan saingan.

Dalam pada itu, penerjun negara, Amsyar Azman ketika hadir sebagai tetamu undangan dalam satu siaran di Astro Arena turut memberikan pandangannya berhubung perkara tersebut.

“Kita tengok di televisyen, juri tengok secara live. Mungkin ada sudut yang mereka nampak, tetapi kita tak nampak.

“Kalau di mata kasar, patut kita dapat mata tinggi pada terjunan keempat. Tetapi kita tak tahu dari tepi kolam apa yang mereka nampak.

“Juri ini adalah profesional, itu kepakaran mereka. Bukan kepakaran kami selaku penerjun,” kata Amsyar yang juga pemenang pingat emas 1m papan anjal lelaki di Sukan SEA 2017 dan Sukan Komanwel 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya