Johor catat kluster tempat kerja terbanyak; Kelantan pula kluster komuniti - Utusan Malaysia

Johor catat kluster tempat kerja terbanyak; Kelantan pula kluster komuniti

- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan sebanyak 36 kluster Covid-19 dengan 19 kluster tempat kerja, 13 kluster komuniti, dua kluster pusat tahanan manakala keagamaan dan kumpulan berisiko tinggi masing-masing satu kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja melibatkan lapan di Johor, empat di Selangor serta dua di Kedah manakala Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu, masing-masing satu kluster.

Noor Hisham berkata, Malaysia terus mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 17,236 kes berbanding 18,688 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 15,187 kes dengan sebanyak 212 kematian dicatatkan dengan 1,095 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 579 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 227,230 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,740 kes diikuti Kuala Lumpur (1,567), Kedah (1,328), Sabah (1,247), Johor (1,232) dan Negeri Sembilan (1,215).

“Tujuh negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Perak (935), Kelantan (914), Pulau Pinang (908), Pahang (604), Sarawak (589), Terengganu (501) dan Melaka (360).

“Hanya satu wilayah dan satu negeri merekodkan kes dua angka iaitu Putrajaya (66) dan Perlis (22) manakala Labuan (8),” katanya.

Mengulas mengenai 212 kematian, beliau berkata, Selangor terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu 76 kes, 24 kes di Johor, 20 kes di Kedah, 18 kes di Kuala Lumpur, 16 kes di Pahang, 14 kes di Negeri Sembilan, 12 kes di Pulau Pinang, 11 kes di Sabah, lapan kes di Melaka, lima kes di Terengganu, empat kes di Kelantan, dua kes di Perak, serta masing-masing satu kes di Perlis dan Sarawak.

“Kematian melibatkan 125 lelaki dan 87 wanita dengan 26 warga asing, 16 kematian di rumah dan 170 pesakit mempunyai latar belakang penyakit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya