“Jika tidak mahu vaksin, jangan lembukan orang...” -PU Syed mohon Suhaimi disiasat - Utusan Malaysia

“Jika tidak mahu vaksin, jangan lembukan orang…” -PU Syed mohon Suhaimi disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah bebas terkenal, Pencetus Ummah (PU) Syed, memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas bekas kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad menggelarkan mereka yang telah divaksin sebagai lembu.

Pendakwah itu berkata,  kenyataan Suhaimi tersebut sudah keterlaluan kerana secara sengaja menggelarkan warganet yang mengambil vaksin sebagai binatang berkenaan.

Dalam perkongsian sama, Syed turut meminta agar Suhaimi untuk mendapat rawatan lanjut dengan segera jika mengalami masalah kesihatan.

“Mohon pihak PDRM ziarah beliau. Jauh sangat dah ini. Jika kurang sihat, dapatkan segera rawatan.

“Jika tidak mahu vaksin, jangan lembukan orang yang menerima vaksin. Hiduplah dalam dunia kamu yang penuh kesenian itu,” tulisnya di Instagram.

Sebelum ini, bekas penyanyi nasyid itu meluahkan rasa ‘hormat’ kepada 779 guru di Johor yang enggan menerima suntikan vaksinasi Covid-19.

Malah, menerusi kapysen itu juga dia menyifatkan warganet yang sudah divaksin sebagai lembu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya