Jerman pahat rekod dunia tiga kali dalam tempoh dua hari - Utusan Malaysia

Jerman pahat rekod dunia tiga kali dalam tempoh dua hari

Kuartet Jerman mencatat rekod dunia dalam saingan akhir acara kejar-mengejar berpasukan wanita dalam Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, Shizuoka, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IZU, Shizuoka: Jerman hanya memerlukan dua hari bagi memecahkan rekod dunia untuk kali ketiga di Sukan Olimpik 2020 menerusi acara kejar-mengejar berpasukan wanita, hari ini.

Kejayaan tersebut membolehkan pasukan Jerman itu yang dianggotai Franziska Brausse, Lisa Brennauer, Lisa Klein dan Mieke Kroeger memenangi pingat emas.

Kuartet tersebut melakar rekod dunia menerusi catatan masa 4 minit 4.242 saat dalam saingan akhir itu di Velodrom Izu, Shizuoka.

Hanya berbeza lebih kurang 6s meletakkan Great Britain di tempat kedua untuk perak selepas memungut masa 4:10.607s.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya