Jang Dong Joo kongsi detik cemas menyaksikan langgar lari depan mata - Utusan Malaysia

Jang Dong Joo kongsi detik cemas menyaksikan langgar lari depan mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon, Jang Dong Joo berkongsi detik cemas apabila menyaksikan sendiri kejadian langgar lari yang berlaku depan matanya sendiri baru-baru ini.

Dong Joo yang sempat merakam kejadian itu telah memuat naik rakaman tersebut di laman Instagramnya.

“Beberapa jam lalu, saya telah menyaksikan kejadian langgar lari melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di hadapan sebuah restoran makanan Cina.

“Kerana takut, pemandu berkenaan bertindak melarikan diri selepas melanggar motosikal terbabit,” tulisnya.

Tidak berdiam diri, Dong Joo berkata dia memberanikan diri, mengejar pemandu tersebut dan berjaya menangkapnya.

“Saya memintanya memberhentikan kereta dan menyuruhnya bertanggungjawab kerana mengakibatkan kemalangan tersebut.

“Namun sekali lagi dia melarikan diri sebelum ditangkap semula sekitar Dosan Daero,” ceritanya lagi.

Dong Joo turut mendedahkan lelaki tersebut yang merupakan seorang Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat hiburan telah memandu dalam keadaan mabuk.

“Bau alkohol padanya terlalu kuat. Dia berjanji akan bertanggungjawab atas kejadian itu dan menyerahkan kad perniagaannya kepada saya untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, tindakan berani pelakon tersebut mendapat perhatian dan pujian netizen yang menyifatkannya sebagai seorang yang berani dan prihatin.

Dong Joo mula mencipta nama dalam dunia lakonan menerusi drama School 2017.

Nama pelakon yang berusia 26 tahun ini memuncak apabila beliau muncul dalam filem popular, Honest Candidate.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya