Jadikan rumah tawar seks, enam ditahan - Utusan Malaysia

Jadikan rumah tawar seks, enam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menyerbu sebuah rumah yang dijadikan sarang pelacuran dengan memberkas  enam individu termasuk lima gadis pelayan (GRO) warga asing di Taman Usahawan Kepong, dekat sini semalam. 

Serbuan kira- kira pukul 4.50 petang itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Daerah Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua tangkapan berusia 24 hingga 42 tahun itu dipercayai menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan. 

Katanya, modus operandi kegiatan itu dengan berselindung di sebalik rumah pangsapuri persendirian serta mula beroperasi sejak dua hari lalu. 

“Hasil siasatan awal mendapati bayaran sebanyak RM160 dikenakan untuk setiap perkhidmatan seks yang ditawarkan kepada pelanggan dan janji temu dibuat melalui aplikasi WeChat.

“Turut ditahan, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 39 tahun yang dipercayai pelanggan di premis tersebut turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Eng Lai, pihaknya sedang mengesan pemilik rumah tersebut sedang dikesan untuk membantu siasatan. 

Jelasnya, polis juga merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan pelacuran antaranya tuala mandi, tisu tandas, kondom, minyak urut, kad aksess dan wang tunai. 

“Kesemua suspek kini ditahan reman selama 14 hari bermula 29 Ogos sehingga  11 September.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya