‘Itu menggambarkan penatnya mental dan emosi saya ketika ini’ - Neelofa - Utusan Malaysia

‘Itu menggambarkan penatnya mental dan emosi saya ketika ini’ – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan terkemuka, Neelofa mencuri perhatian setelah berkongsi keluhan peribadi di laman Instagramnya.

Empunya nama Noor Neelofa Mohd Noor ini mengundang persoalan ramai apabila memuat naik satu petikan yang menggambarkan situasi dihadapinya saat ini.

“Anda bukan malas, tidak bermotivasi ataupun tersekat. Selepas bertahun hidup dalam mod survival, anda penat. Ada bezanya.

“Itu menggambarkan penatnya mental dan emosi saya ketika ini,” kongsinya.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan pengacara sensasi ini.

Namun Neelofa setakat ini belum tampil memberikan penjelasan mengenai perkongsiannya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya