TOKYO: Itali memecah rekod dunia untuk memenangi pingat emas dalam acara kejar mengejar berpasukan menewaskan juara dunia, Denmark di final yang berlangsung di Velodrome Izu.
Itali merekodkan catatan 3 minit 42.032s untuk menewaskan Denmark yang mencatatkan masa 3: 42.198s.
Diketuai oleh Filipino Ganna yang berusia 25 tahun, kuartet itu mencatatkan kemenangan di hadapan 1,000 orang yang berada di arena di Shizuoka.
Ganna, Simone Consonni, Francesco Lamon dan Jonathan Milan memastikan Itali meraih pingat emas kelapan dan juga emas pertama dalam acara itu sejak 1960.-AFP