“Isu politik bila nak habis? Filem saya pun ada ending” - Rosyam Nor - Utusan Malaysia

“Isu politik bila nak habis? Filem saya pun ada ending” – Rosyam Nor

Datuk Rosyam Nor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon hebat, Datuk Rosyam Nor memohon agar pihak kerajaan dan pembangkang dapat mengetepikan soal politik buat masa kini, malah fokus mencari penyelesaian untuk menamatkan ‘peperangan’ Covid-19.

Katanya ketika dihubungi, ahli politik hendaklah berpada-pada, rakyat sudah jelak dan mahu mencari jalan hidup untuk menyara kehidupan.

“Bukan saya seorang saja yang terkesan tetapi semua rakyat juga. Saya harap mereka (kerajaan dan pembangkang) fikirkanlah, sebenarnya apa yang harus kita lakukan untuk negara?

“Kita mahu permasalahan (pandemik) ini dapat diselesaikan dengan baik. Kalau betullah mereka berjuang untuk tanah air, maka bermusyawarahlah seperti mana anjuran Nabi Muhammad SAW dalam mencari ikhtiar untuk jalan penyelesaian,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai kewajaran Parlimen ditutup berikutan peningkatan kes dikesan di Parlimen, Rosyam tidak ambil pusing. Baginya apa yang penting adalah kesejahteraan rakyat semua.

“Parlimen nak buka tutup ke saya tidak mahu masuk campur, yang penting mereka (kerajaan dan pembangkang) duduk (bermesyuarat). Saya juga tidak mahu terbabit dalam isu politik negara ini, saya hanya mahukan kesejahteraan.

“Apa pengakhiran isu politik? Saya buat filem pun ada ending, politik Malaysia macam tiada. Biasanya pengakhiran filem menggembirakan, harap politik juga sama, jangan melukakan,” akhir katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya