Istana Negara ulangi pendirian kenyataan 18 Ogos - Utusan Malaysia

Istana Negara ulangi pendirian kenyataan 18 Ogos

- FACEBOOK ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Istana Negara hari ini mengumumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menerima menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama, Selasa lalu.

Menerusi laman Facebook, Istana Negara mengulangi pendirian kenyataan media pada 18 Ogos lepas setelah menerima menghadap ketua-ketua dan wakil-wakil parti politik utama sebelum melantik Perdana Menteri kesembilan.

“Dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah disembah silakan turut berangkat hadir semasa sesi menghadap ini atas kapasiti sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

“Turut hadir pada sesi menghadap ini, Ketua Setiausaha Negara, Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Peguam Negara,” kata kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut menulis nota supaya merujuk kenyataan media, bertarikh 18 Ogos 2021, untuk maklumat lanjut.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu ahli-ahli Dewan Rakyat saling bantu satu sama lain.  

“Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama untuk ahli Dewan Rakyat yang menang seharusnya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan yang tidak berjaya. 

“Semua pihak sepatutnya bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan. Dalam erti kata lain, yang menang tidak menang semua dan yang kalah pula tidak kalah semua,” ujarnya.  

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut menegaskan kepada semua parti politik untuk mengangkat perpaduan dalam kalangan ahli Dewan Rakyat untuk memberi fokus kepada pentadbiran negara.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menerima menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama dalam negara di Istana Negara.  

Hal itu adalah susulan peletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia selepas gagal mendapat sokongan majoriti dalam kalangan ahli Dewan Rakyat selepas 17 bulan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya