PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mula menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, sehubungan itu, Perdana Menteri tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah
Simpan Rahsia Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Persekutuan, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang ini.
Sementara itu, katanya, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok, Perdana Menteri akan menyertainya secara maya. – UTUSAN ONLINE