Ismail Sabri, Hamzah Zainuddin bertemu di Royal Chulan - Utusan Malaysia

Ismail Sabri, Hamzah Zainuddin bertemu di Royal Chulan

ISMAIL Sabri Yaakob dan Hamzah Zainuddin dilaporkan tiba di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur pukul 2.45 petang tadi dipercayai bagi membincangkan sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu. - UTUSAN/OMAR ZIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, hari ini dipercayai berhubung rancangan pembentukan kerajaan baharu.

Mereka mula berkumpul sejak pukul 3 petang tadi setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu dan dijangka menghantar surat peletakan jawatan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, esok.

Spekulasi timbul apabila Ismail Sabri dikatakan menjadi pilihan utama yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri manakala Hamzah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pertemuan di Royal Chulan dilaporkan adalah bagi mengumpulkan surat akuan bersumpah (SD) bagi mendapatkan sokongan majoriti membentuk kerajaan.

Jika menjadi kenyataan, Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri Ke-9 dalam sejarah dan Perdana Menteri yang ketujuh dari UMNO. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya