INSKEN capai sasaran 2021, 15,734 usahawan dari seluruh negara dilatih

INSKEN capai sasaran 2021, 15,734 usahawan dari seluruh negara dilatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) melepasi sasaran tahun 2021 iaitu dengan 15,734 usahawan dari seluruh Malaysia telah dilatih melalui 366 program latihan dan bimbingan keusahawanan.

Latihan-latihan itu telah diadakan secara dalam talian sehingga akhir Julai 2021 dan laporan menunjukkan RM5.6 juta hasil jualan dapat ditingkatkan melalui tujuh program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) dan dua program dalam talian Onboarding Coaching System (E-Board).

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd. Firdaus Azharuddin berkata, INSKEN tidak pernah berhenti menghulurkan bantuan kepada usahawan.

“Melalui program bimbingan dan latihan keusahawanan, INSKEN terus memastikan usahawan dapat meningkatkan skala perniagaan walaupun sedang menghadapi Covid-19.

“Saya menggesa usahawan untuk perbaiki model bisnes sebagai perkara asas paling utama selain terus menguasai ilmu keusahawanan yang lain seperti jualan dan pemasaran,” jelasnya dalam kenyataan itu.

Keberkesanan program E-Board terbukti apabila Jasmin Aksan berjaya mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 1,595 peratus selepas mengikuti program itu selama empat bulan.

Jasmin yang menjalankan perniagaan pembungkusan hadian dan acara majlis telah mempraktikkan ilmu dengan membuat pengiklanan menerusi laman Instagram kepada pelanggan sasaran yang tepat.

Menurut Muhd Firdaus, INSKEN telah berjaya melaksanakan lapan program E-Board sehingga Julai 2021.

“Dua program E-Board yang sudah tamat mencatatkan peningkatan jualan melebihi RM300 ribu manakala enam lagi program masih sedang berjalan.

“E-Board merupakan sebuah program bimbingan yang direka khas untuk meningkatkan jualan dengan menggunakan platform secara dalam talian seperti aplikasi Facebook, Whatsapp, Tiktok, Instagram dan banyak lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya