“Ini amanah, menjaga keselamatan pembeli juga amanah” - Ika Nabella - Utusan Malaysia

“Ini amanah, menjaga keselamatan pembeli juga amanah” – Ika Nabella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon popular, Ika Nabella meluahkan rasa kesal dengan sikap sambil lewa segelintir peniaga yang tidak memeriksa sijil vaksinasi lengkap pelanggan yang masuk ke dalam premisnya.

Menerusi entri Instagram, dia berkongsi pengalamannya itu apabila sebuah kedai yang dimasukinya untuk membeli makanan, bersikap acuh tak acuh tanpa memeriksa sijil vaksinasi yang telah dikuatkuasa kerajaan, baru-baru ini.

Sehubungan itu, pelakon filem Tanda Putera itu menegaskan kepada pemilik perniagaan di luar sana agar amanah serta menjalankan tanggungjawab supaya tidak melibatkan nyawa pelanggan lain akibat jangkitan virus Covid-19.

“Sejujurnya memang ada kedai yang tidak tengok sijil vaksinasi. Ia berlaku kepada saya semalam waktu pergi membeli ayam di kedai mamak berhampiran KLCC.

“Ini amanah, menjaga keselamatan pembeli juga amanah. Sebagai pemilik premis perniagaan, perkara ini yang kita perlu fikir dahulu. Kita tidak mahu membahayakan pelanggan, begitu juga perniagaan kita,” tulisnya di Instagram.

Mengulas lanjut, Ika memberi penegasan berkenaan supaya dapat mengelakkan virus tersebut merebak kepada individu lain terutama kepada mereka yang masih belum divaksinasi.

“Makin kurang orang orang yang menjangkiti dan terjangkiti dengan bergejala, maksudnya makin cepatlah perniagaan kita boleh beroperasi seperti sedia kala. Tolong jangan pentingkan diri sendiri.

“Jika tidak mahu fikir orang pun, fikirlah keluarga. Bayangkan orang yang datang premis kita membawa virus (walaupun lengkap vaksin), selepas itu berjangkit dengan orang yang datang (tanpa vaksin)?

“Kemudian, orang itu pun membawa balik virus itu kepada warga emas dan anak-anak. Punca? Kita sebab ambil mudah prosedur operasi standard (SOP),” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya