Infografik sokongan Ahli Parlimen palsu - Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

Infografik sokongan Ahli Parlimen palsu – Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat menafikan mengeluarkan dua infografik memaparkan jumlah sokongan Ahli Parlimen bagi memilih calon Perdana Menteri kesembilan.

Dua paparan infografik yang tular sebelum ini memaparkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menerusi notis bertarikh 17 Ogos, meminta 220 Ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu surat akuan bersumpah bagi menamakan seorang calon Perdana Menteri kepada Istana Negara.

Notis itu bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai Perdana Menteri, susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Isnin lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya