TOKYO: Indonesia memperoleh pingat emas pertama di Sukan Olimpik kali ini selepas Greysia Polii-Apriyani Rahayu memenangi perlawanan akhir acara beregu wanita, sebentar tadi.
Saingan di Musashino Forest Sport Plaza itu menyaksikan gandingan emas Sukan SEA 2019 itu mengatasi Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dengan 21-19, 21-15 dalam tempoh hampir sejam.
Ia menjadi kemenangan keempat gandingan di ranking keenam dunia, Greysia-Apriyani ke atas pasangan China itu sepanjang 10 pertemuan.
Kali terakhir Greysia-Apriyani menang atas pasangan dengan peringkat ketiga dunia itu pada Kejohanan Dunia 2019 menerusi keputusan sengit 25-23, 23-21.
Indonesia sudah memungut 1 emas, 1 perak, dua gangsa di Sukan Olimpik 2020 Tokyo setakat ini.
Ia merupakan emas pertama disumbangkan menerusi acara badminton beregu wanita Indonesia.- AGENSI