Imam Masjid Negara meninggal dunia, selamat dikebumi pagi tadi

Imam Masjid Negara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Imam Masjid Negara, Ustaz Khisamudin Ismail, 53, meninggal dunia di rumahnya di Kota Puteri, Batu Arang, Rawang kira-kira pukul 4 pagi tadi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni berkata, arwah sebelum ini berdepan masalah kesihatan jantung sejak tahun 2018 dan telah mendapatkan rawatan di Hospital UiTM Sungai Buloh sebelum ini.

“Sebelum ini beliau menghadapi masalah kesihatan iaitu injap jantungnya sempit dan mula mendapatkan rawatan sejak tahun 2018,” katanya di sini hari ini.

Arwah yang juga Penolong Pengarah Kanan Unit Ibadah dan Dakwah Masjid Negara selamat dikebumi kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Arwah dilahirkan pada 14 Ogos 1968, meninggal dunia pada hari ulang tahun kelahirannya ke-53 hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya