Ibu tidak akan balik rumah, ibu bukan milik kita - kata Shuib kepada anak-anak - Utusan Malaysia

Ibu tidak akan balik rumah, ibu bukan milik kita – kata Shuib kepada anak-anak

Shuib selepas selesai pengurusan pengebumian Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIARPUN terlalu berat untuk memberitahu anak-anaknya mengenai pemergian buat selama-lamanya ibu mereka yang tercinta, namun kata Shuib dia terpaksa berbuat demikian walaupun sukar.

Katanya, memaklumkan kepada anak-anaknya berkenaan pemergian arwah Siti Sarah merupakan yang paling sukar untuk dilakukannya.

Menjelaskan perkara tersebut kepada anak-anaknya adalah satu ujian yang sangat berat, katanya.

“Saya panggil semua dan beritahu yang ibu tidak akan balik rumah. Saya pesan kita sebelum ini berdoa dengan Allah supaya ibu dapat balik tetapi ibu bukan milik kita, tetapi milik Allah,” katanya dalam satu sesi siaran langsung di Instagram.

JENAZAH Allahyarham Siti Sarah Raissuddin ketika dibawa keluar dari Hospital Tuanku Canselor Mukhriz. – UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

Dalam pada itu kata Shuib, selama 11 tahun dia hanya sekadar menumpang tuah seorang isteri yang taat, setia, tidak pernah mengeluh dan tidak malu bersuamikan lelaki sepertinya.

Dia juga melahirkan rasa syukur sejak arwah Siti Sarah dimasukkan ke hospital, mereka yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan isterinya itu tidak pernah putus termasuk daripada insan yang tidak mereka kenali.

Shuib memberitahu, sepanjang 11 tahun perkahwinan mereka Siti Sarah mengajarnya untuk tidak berkira dengan duit supaya mereka tidak berkira-kira untuk bersedekah.

“Saya ikut kata-kata dia hingga jadi amalan dan itulah kebaikan yang dia ajar saya dan anak-anak. Sebab itu saya reda dengan pemergian dengan dia,” katanya.

Penyanyi kesayangan ramai itu menghembuskan nafas terakhir tepat pukul 5.13 pagi tadi di  Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Cheras.

Allahyarham yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 6 Ogos lalu akibat oksigen dalam badan tidak stabil terpaksa ditidurkan pada Jumaat lalu untuk menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Jenazah dikafan dan dimandikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sebelum dibawa ke tanah perkuburan dengan van jenazah.

Jenazah penyanyi, Siti Sarah Raissuddin, 36, selamat dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN