Ibu maut, anak cedera kemalangan dua kereta - Utusan Malaysia

Ibu maut, anak cedera kemalangan dua kereta

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta yang terlibat kemalangan di Jalan Besar, Kampung Tersusun Salak Baru di Sungai Siput hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan di Jalan Besar, Kampung Tersusun Salak Baru, di sini hari ini.

Nahas tersebut menyebabkan mangsa, Nurul Yasmin Irana Abd. Rahim, 35, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil parah dan maut di tempat kejadian.

Anak mangsa berusia lima tahun yang cedera ringan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput (BBP), Mohd. Azizi Zakaria berkata, sepasukan anggota dari BBP Sungai Siput dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 1.41 petang.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kemalangan itu membabitkan kereta dipandu mangsa dan sebuah kereta jenis Hyundai Sonata.

“Pemandu kereta Kancil didapati tersepit di bahagian tempat duduk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

“Anggota segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan ‘rescue tool’ dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya