KUALA LUMPUR: Pelakon, Linda Hashim berkongsi khabar duka ibu angkatnya, Rahimah Hashim telah menghembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi Jumaat, semalam.
Isteri kepada pelakon Beego itu berkongsi berita sedih di akaun Instagram miliknya, berkata, Allahyarham pernah berdoa diberi kesihatan yang baik dan jika ajal menjemput biarlah pada hari mulia ketika menunaikan umrah sebelum ini.
“Tidak terkata bila dapat tahu ibu yang saya memang sangat-sangat rindu pergi ke negeri abadi pada Jumaat hari yang mulia ini.
“Ibu pernah minta saya doakan dia, masa saya pergi umrah dulu supaya dia diberikan kesihatan yang baik, panjang umur dan kalau Allah nak ambil dia ambillah di hari Jumaat.
“Allahuakbar ibu Allah makbul permintaan ibu. Tenanglah ibu di sana sebagai bidadari syurga. Linda sayang ibu. Semoga ayah dan semua keluarga terus kuat,” luahnya.
Sementara di ruangan komen, Linda disirami salam takziah buat keluarga angkatnya.