PETALING JAYA: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghargai kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana melantiknya sebagai Menteri Kanan Pertahanan.
Beliau berbangga dan berbesar hati berkhidmat untuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sangat besar jasanya kepada negara.
“Insya-Allah, saya cuba yang terbaik. Saya akan pikul amanah ini dengan sebaiknya,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.
Pelantikan itu diibaratkan sirih pulang ke gagang apabila Hishammuddin pernah menjadi Menteri Pertahanan ketika era pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN)
Beliau sebelum ini dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN). – UTUISAN ONLINE