Hujan luar biasa punca banjir - Jabatan Pengairan dan Saliran

Hujan luar biasa punca banjir – JPS

JPS Negeri Perak sentiasa memantau dari semasa ke semasa kawasan yang menjadi hotspot banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Banjir di Jalan Kubu Gajah-Gunung Semanggol berpunca daripada taburan hujan luar biasa, sistem saliran yang kurang sistematik dan masalah parit sedia ada. 

Perkara itu dinyatakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu kenyataannya yang bersandarkan kepada siasatan JPS Negeri Perak. 

Pengarah Bahagian Korporat, Wan Marhafidz Wan Mohd. Omar berkata, berlaku taburan hujan luar biasa pada 16 Ogos lepas dengan bacaan hujan di Stesen Bukit Merah adalah pada 115 mm. 

Bagaimanapun katanya, pihak JPS Negeri Perak sentiasa memantau dari semasa ke semasa kawasan yang menjadi hotspot banjir di daerah berkenaan. 

“Antara punca lain adalah sistem saliran yang kurang sistematik bagi menampung air larian hujan, parit sedia ada tidak mampu menampung kuantiti air yang terlalu banyak yang berpunca daripada bukit yang terus mengalir dan melimpah ke kawasan kediaman yang terjejas di kaki bukit. 

“Maka, JPS Negeri Perak mencadangkan untuk diadakan sistem perparitan dalaman yang lebih teratur dan sempurna bagi mengurangkan masalah banjir yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

19 Ogos lepas, Utusan Malaysia melaporkan penduduk Kampung Bukit Putus, Jalan Kubu Gajah-Gunung Semanggol meminta pihak-pihak bertanggungjawab mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda kampung tersebut.

Tinjauan juga mendapati saliran atau sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik mungkin menjadi antara penyebab berlakunya banjir kilang di kawasan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya