Hubbard bercadang mahu bersara - Utusan Malaysia

Hubbard bercadang mahu bersara

Atlet angkat berat transgender pertama dari New Zealand, Laurel Hubbard bercadang untuk bersara selepas tersingkir daripada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Atlet angkat berat, Laurel Hubbard bercadang mahu bersara daripada sukan itu selepas tersingkir di Olimpik Tokyo 2020.

Laurel yang berasal dari New Zealand melakar sejarah minggu ini apabila muncul atlet transgender pertama beraksi dalam acara individu di temasya sukan terbesar dunia itu.

Laurel yang beraksi dalam kategori 87 kilogram (kg) wanita, gagal melakukan tiga angkatan pertamanya sekali gus terus tersingkir daripada perebutan pingat.

“Jelas sekali faktor usia semakin menyukarkan saya. Sebenarnya untuk lebih jujur lagi, ia adalah penghalang utama saya sebelum ini.

“Pembabitan saya dalam sukan ini adalah lebih kepada kempen pengurangan ubat berunsur dadah untuk mengurangkan kesakitan.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk saya memikirkan soal persaraan dan menumpukan kepada kehidupan lain,” katanya yang berusia 43 tahun.

Laurel yang menukar jantinanya kepada wanita ketika berusia 35 tahun, menyertai angkat berat selepas mematuhi garis panduan testosteron yang ditetapkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya