HCTM nafi gambar bayi tular anak Shuib dan Siti Sarah - Utusan Malaysia

HCTM nafi gambar bayi tular anak Shuib dan Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak pengurusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tampil menafikan gambar tular yang dikatakan bayi Allahyarham Siti Sarah dan suaminya, Shuib.

Menurut kenyataan yang kongsi oleh Indigital Music, pihak hospital menafikan penularan gambar bayi yang didakwa anak pasangan tersebut.

“Pihak HCTM UKM merujuk kepada penularan gambar bayi yang didakwa anak kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

“Pihak kami dengan ini memaklumkan bahawa gambar bayi tersebut bukan anak Allahyarhamah dan menafikan sumber gambar tersebut diperoleh kakitangan HCTM seperti yang didakwa.

“Seterusnya, pihak pengurusan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Siti Sarah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya,” kata pengarah HCTM menerusi kenyataan.

Jumaat lepas, penyanyi, Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul lima petang. Perkembangan itu dikongsikan pengurusnya, Nana Mohd Rom dalam satu kenyataan yang dikongsikan.

Kemudian, suaminya, Shuib Sepahtu, berkongsi keadaan cahaya mata keempatnya yang diberi nama Ayash Affan, yang kini masih berada di hospital bagi mendapatkan rawatan ekoran kelahirannya adalah pra matang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya