HRPZ II tidak sedia perkhidmatan urus jenazah Covid-19 - Utusan Malaysia

HRPZ II tidak sedia perkhidmatan urus jenazah Covid-19

HOSPITAL Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) tidak pernah menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah bagi pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di hospital tersebut.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Selasawati Ghazali berkata, pihaknya bagaimanapun menyediakan kemudahan berkaitan di Jabatan Forensik secara percuma tanpa sebarang caj untuk fasiliti dan utiliti.

“Sekiranya waris ingin menyempurnakan jenazah di fasiliti kami, senarai pengurus jenazah yang mendapat kelulusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (Maik) disediakan.

“Pihak waris juga bebas untuk membawa pengurus jenazah sendiri tanpa tertakluk kepada senarai yang disediakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Selasawati turut memberitahu, kos pengurusan jenazah tertakluk kepada persetujuan bersama waris dan pihak pengurus jenazah, namun pihak Maik melalui surat bertarikh 8 Jun lalu ada mengeluarkan cadangan kadar kos pengurusan jenazah.

Pihak hospital khususnya Jabatan Forensik pula tegas beliau, tidak pernah menetapkan sebarang kos pengurusan jenazah.

“Sebarang urusan bayaran dan pengeluaran resit adalah antara pengurus jenazah dengan waris tanpa melalui pihak hospital,” katanya.

Beliau dalam pada itu mengalu-alukan keprihatinan dan kesudian mana-mana pihak yang mahu membantu meringankan beban kos pengurusan jenazah perlu ditanggung oleh waris pesakit Covid-19.

Baru-baru ini sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan jenazah mendakwa caj mahal antara RM1,300 hingga RM1,800 dikenakan kepada waris bagi urusan tayamum yang dibuat di hospital di Kelantan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya