Hans Isaac selar kenyataan Zuraidah pertikai Agong - Utusan Malaysia

Hans Isaac selar kenyataan Zuraidah pertikai Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kita Budak Ampang, Datuk Hans Isaac, menyelar tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zuraidah Kamaruddin yang seolah-olah mempertikai peranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Ketua Negara.

Menurut Hans, sebagai seorang yang menjunjung Perlembagaan Negara yang mengiktiraf Kedaulatan Raja-Raja, dia melahirkan perasaan dukacita terhadap sikap seorang pemimpin berstatus Ahli Parlimen tersebut.

“Sebagai seorang yang berstatus Ahli Parlimen, dia sepatutnya membawa obor menghormati kedaulatan ini tetapi malangnya membawa sikap yang menjurus kepada kebiadapan dan penderhakaan kepada raja.

“Ini juga menggambarkan, ia tidak menghormati penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini.

“Dengan sepenuh jiwa, saya menjunjung taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai payung yang menaungi kedaulatan negara Malaysia,”katanya.

Hans berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Instagram malam tadi.

Terdahulu, rakyat dikejutkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Ampang tersebut yang dipaparkan dalam satu sesi temuramah bersama Astro Awani pada 2 Ogos 2021.

Kenyataan itu menyentuh berhubung peranan Yang Dipertuan Agong dalam menasihati pentadbiran kerajaan selaras dengan tanggungjawab baginda sebagai Ketua Negara.

Antara kenyataan Zuraidah, ialah, Yang Dipertuan Agong melakukan kekhilafan ketika menasihati kerajaan dan perlu merujuk kepada kerajaan sebelum membuat kenyataan umum berhubung pembatalan darurat.

Perkara tersebut dianggap sebagai satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan prinsip menghormati Institusi Diraja sebagai sebahagian dari struktur negara.

Menerusi tinjauan Utusan Malaysia, perkongsian Hans itu juga telah mendapat respons daripada pelbagai pihak dan pengikutnya di media sosial dengan rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan Hans tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya