Guna barangan terpakai, kediaman Chef Firdaus terpilih juara Rumah Cinta Malaysia - Utusan Malaysia

Guna barangan terpakai, kediaman Chef Firdaus terpilih juara Rumah Cinta Malaysia

MOHD. Firdaus Daud bersama kelaurga bergambar di hadapan kediamannya selepas terpilih menjadi juara Rumah Cinta Malaysia bersempena Kempen Kibar Jalur Gemilang KRT LEP 5, di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Menggunakan hanya barangan terpakai, keluarga Mohd. Firdaus Daud tidak menyangka kediaman mereka dipilih sebagai juara pertandingan Rumah Cinta Malaysia bersempena Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Mohd. Firdaus, 38, berkata, dia bersama isteri, Ruzita Mahdin, 37, dan lima anaknya membuat aktiviti itu hanya sekadar mengisi masa lapang di samping mahu merasai semangat sambutan Hari Kebangsaan dengan menceriakan rumah bermotifkan hiasan bendera.

Eksekutif chef itu berkata, dia mula menghiasi rumah sedikit demi sedikit sejak awal bulan ini untuk menggalakkan anak-anak menghargai erti kemerdekaan dan menanam sifat patriotik dalam kalangan genenerasi muda.

“Saya dan isteri hanya menggunakan barangan terpakai untuk membentuk patung merdeka seperti botol platik, kain perca dan surat khabar. Patung ini pun dipakaikan baju Melayu terpakai supaya nampak seperti orang sebenar.

“Anak-anak sangat seronok untuk buat bersama memandangkan pada masa ini mereka tidak ke sekolah hanya mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Jadi banyak masa terluang dan boleh menghilangkan rasa bosan duduk di rumah,” katanya ketika ditemui di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan, dekat sini hari ini.

Mohd. Firdaus berkata, dia hanya mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli bendera bagi memenuhkan kediaman dengan 470 Jalur Gemilang kecil dan 10 bendera bersaiz besar.

Program anjuran persatuan penduduk KRT LEP 5 itu turut mendapat sambutan penduduk lain menerusi 30 penyertaan diterima, dengan lapan peserta terbaik dipilih.

Selain Mohd. Firdaus, antara pemenang kediaman tercantik itu ialah Zaiton Abd. Aziz, Mohd. Rizal, Harish Mirza, Hassan, Khairi Bachok dan Mohd. Salleh dengan masing-masing memperoleh hadiah berupa barangan sanitasi Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya