PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ahmad Zahid tiba pada pukul 1.47 petang dengan menaiki kenderaan jenis Lexus bewarna putih.
Semalam, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.