Gempa bumi utara Sumatera dirasai di Lembah Klang - Utusan Malaysia

Gempa bumi utara Sumatera dirasai di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Gegaran yang dirasai warga Lembah Klang hari ini berpunca daripada gempa bumi sederhana yang berlaku Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 1.19 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, gegaran dengan magnitud 5.6 skala Richter itu berlaku pada kedudukan 18 kilometer (KM) dari Padang Sidempuan dengan kedalaman 19 KM.

“Gegaran dirasai sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, warga Kuala Lumpur dan Selangor dikejutkan dengan kejadian gegaran yang berlaku dalam tempoh beberapa saat khususnya mereka berada di bangunan tinggi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya