Gelembung pelancongan Langkawi dijangka dilaksana 16 September - Utusan Malaysia

Gelembung pelancongan Langkawi dijangka dilaksana 16 September

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (tengah) meninjau sebahagian barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada penduduk yang terlibat tragedi kepala air di Pusat Operasi Bencana Yan di Kampung Aceh, Kedah, hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kerajaan negeri menjangka gelembung pelancongan Langkawi dapat dilaksanakan bermula  sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. 

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pihaknya mendapatkan nasihat mengenai penetapan tarikh tersebut daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

Menurutnya, tarikh pembukaan pulau peranginan itu kepada pelancong bergantung kepada laporan kemajuan wabak Covid-19 yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah.

Katanya, pelaksanaan gelembung pelancongan tersebut sepatutnya bermula 1 September namun ditangguhkan berikutan kes harian Covid-19 masih tinggi di pulau peranginan tersebut.

“Kedah alu-alukan bantuan Motac, MKN dan JKN Kedah untuk kita dapat buka Langkawi kepada pelancong dan lebih baik kalau dapat buka sempena Hari Malaysia pada 16 September,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Operasi Bencana Yan Perikatan Nasional (PN) di Kampung Aceh di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, pada awalnya, MOTAC menyasarkan 1 September ini untuk sektor pelancongan di Langkawi dibuka kepada orang ramai, namun ditunda atas faktor peningkatan kes Covid-19.

Muhammad Sanusi memberitahu, pulau peranginan itu akan dibuka kepada pelancong apabila kes positif Covid-19 harian kurang 10 kes.

Katanya, gelembung pelancongan Langkawi itu juga memberi perhatian terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan MOTAC dan MKN.

“Selain isu jangkitan Covid-19, Langkawi telah bersedia termasuk daripada kadar vaksinasi untuk menerima kunjungan pelancong,” ujarnya.

Tambahnya, perjalanan feri juga  ditetapkan sebanyak 10 trip sehari iaitu enam dari Perlis dan empat dari Kedah serta 10 penerbangan sehari. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya