Gangguan seksual: Pendakwah terkenal dipanggil ke Bukit Aman - Utusan Malaysia

Gangguan seksual: Pendakwah terkenal dipanggil ke Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pendakwah terkenal dipercayai dipanggil ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman esok untuk diambil keterangan.

Difahamkan, pendakwah berusia lingkungan 30-an itu dipanggil bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.

Sumber berkata, pihak polis telah memanggil pendakwah itu untuk merakam percakapan esok.

“Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada dia akan hadir ke Bukit Aman atau tidak.

“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya