Fenomena oposisi: Musytari lebih terang disinari penuh matahari - Utusan Malaysia

Fenomena oposisi: Musytari lebih terang disinari penuh matahari

MUSYTARI akan nampak kelihatan lebih terang ketika fenomena oposisi yang lazim berlaku setiap 13 bulan. – IHSAN MYSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas kali terakhir direkodkan pada 14 Julai tahun lalu, planet Musytari sekali lagi akan kelihatan lebih terang disinari penuh matahari yang dapat disaksikan esok.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MySA), fenomena alam unik yang dikenali sebagai Jupiter Opposition atau Oposisi Musytari, dijangka berlaku sekitar pukul 8 malam waktu tempatan.

“Planet kelima daripada matahari dan terbesar dalam sistem suria galaksi Bima Sakti itu akan mengalami situasi oposisi dalam tempoh setiap 13 bulan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Semasa proses oposisi tersebut, Musytari berada di kedudukan bertentangan matahari dan satu garisan lurus dengan bumi yang menyebabkan planet tersebut bersinar habis sepenuhnya dengan magnitud ketara sebanyak – 2.9 dan juga boleh dilihat lebih terang dengan mata berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain.

Ia turut akan kelihatan cerah sepanjang malam di sekitar buruj zodiak Capricornus di hemisfera Selatan pada kedudukan 5 astronomical unit (AU) dari matahari serta hanya 4 AU dari bumi yang mana jarak 1 AU adalah bersamaan 149,597,870,700 meter atau setara kelajuan lapan minit cahaya digunakan Biro Berat dan Ukuran Antarabangsa berpusat di Perancis sejak 2014 lalu.

Bagaimanapun jelas MySA, sekiranya peminat astronomi terlepas mengikuti fenomena itu, mereka masih berpeluang lagi menyaksikan Oposisi Musytari berikutnya pada 27 September 2022.

Ini merupakan fenomena yang kedua melibatkan planet sebesar 11 kali ganda saiz bumi itu dalam minggu ini selepas kejadian lintasan tiga bulan serentak atau Triple Transit pada Isnin lalu melibatkan tiga bulan bersaiz gergasi dan dikenali sebagai Galilean Moons itu pernah berlaku pada 2015 lalu serta akan berulang sekali lagi pada 2025 kelak.

Planet itu memiliki sejumlah 80 bulan selaku objek satelit semula jadi yang membentuk sistem Jovian dan secara berkala sentiasa mengelilingi orbit Musytari selama 11.86 tahun bumi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya