STYRIA: Penunggang KTM, Brad Binder mengambil risiko untuk tidak menukar tayar ketika hujan lebat membolehkannya dinobat selaku pemenang Grand Prix (GP) Austria dalam saingan MotoGP, sebentar tadi.
Hujan lebat ketika berbaki enam pusingan menyaksikan pelumba Afrika Selatan itu memperjudikan nasibnya dengan tidak memasuki pit untuk menukar tayar yang sesuai.
Binder menamatkan perlumbaan di litar Red Bull Ring dengan catatan 40 minit 46.928 saat, sekali gus memperoleh kemenangan pertamanya musim ini.
Tempat kedua dimenangi penunggang Ducati, Francesco Bagnaia yang ketinggalan 9.991s di belakang Binder, manakala Jorge Martin dari Ducati-Pramac ketiga (+11.570s).- AGENSI