Kisah pilu enam beradik kematian ibu akibat Covid-19

Kisah pilu enam beradik kematian ibu akibat Covid-19

GAMBAR kenangan Faridah Omar bersama lima daripada enam orang anaknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: “Jaga adik-adik dengan baik dan dengar semua nasihat nenek.”

Itulah pesanan terakhir seorang ibu, Faridah Omar, 35, kepada salah seorang anaknya, Muhd. Syakir Safwan Muhd. Saifol, 10, sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.

Faridah yang tinggal di Kampung Teluk Nipah, Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda di sini mempunyai enam orang anak berusia antara empat tahun hingga 15 tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH pada pukul 12 tengah hari, Isnin lalu.

Menurut Muhd. Syakir, dia tidak menyangka ungkapan itu merupakan pesanan terakhir ibunya sebelum meninggal dunia.

“Saya akan mengingati pesa­nan ibu saya itu demi masa depan kami semua,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Nipah, semalam.

Dua abang Muhd. Syakir adalah Muhd. Afiq Ikhwan, 15, dan Muhd Aidil Asraf, 14, serta tiga lagi adiknya, Muhd. Syafiq Haikal, 8, dan Muhd. Faris Iskandar, 6, dan Muhd. Amsyar Hakimi, 4.

Tambahnya, dia sedih de­ngan kehilangan ibu ketika semua adik-adiknya masih kecil dan memerlukan kasih sayangnya.

“Kami kini kehilangan orang tersayang yang menjadi tempat kami adik beradik bergantung,” katanya.

Menurutnya, dia bersama ibu­nya dan dua adiknya, Muhd. Syafiq Haikal dan Muhd. Faris Iskandar sebelum ini menetap di rumah datuk dan neneknya, Omar Ahmad, 70, dan Che Gayah Hamzah, 69, di Kampung Teluk Nipah sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, abangnya, Muhd. Afiq Ikhwan dan Muhd. Aidil Asraf serta adik bongsunya, Muhd. Amsyar Hakimi pula tinggal dan dipelihara keluarga angkat yang mempunyai talian persaudaraan di Pulau Pinang.

Katanya, mereka terpaksa ber­jauhan selepas ibu dan bapa mereka tinggal berasingan eko­ran masalah rumah tangga.

Sementara itu, emak saudara Muhd. Syakir, Siti Farahana Omar, 31, berkata, Faridah yang bekerja sebagai seorang operator di sebuah kilang di Pulau Pinang membuat ujian saringan di sebuah klinik swasta pada Sabtu lalu selepas demam.

“Keputusan ujian itu positif Covid-19 dan sejak itu, Faridah hilang selera makan sebelum me­ngalami sesak nafas, sakit dada dan pening yang teruk,” ujarnya.

“Pada Isnin, Faridah telah dikejarkan ke HSAH selepas kesihatannya semakin merosot dan keadaannya semakin kritikal ketika menerima rawatan di ICU.

“Bagaimanapun pada pukul 8.30 pagi semalam, saya menerima panggilan telefon daripada doktor bertugas mengatakan kakak saya itu telah meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi akibat Covid-19,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya