TOKYO: Pelumba baskal trek Belanda, Harrie Lavreysen menewaskan rakan senegara Jeffrey Hoogland untuk mraih pingat emas Sukan Olimpik acara pecut individu di Velodrome Izu.
Kedua-dua mereka meraih pingat emas acara pecut berpasukan tetapi terpaksa berhadapan buat kali ketiga di peringkat final antarabangsa
Belanda berjaya meraih tiga pingat emas daripada lapan pingat emas yang ditawarkan dalam acara berbasikal.
Lavreysen menewaskan Hoogland dalam dua kejohanan dunia sebelum ini kcuali di Kejohanan Eropah 2018 dan 2019.
Jack Carlin dari Great Britain meraih pingat gangsa selepas menewaskan atlet Rusia, Denis Dmitriev.-AFP